Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mempersoalkan dakwaan yang dibuat Datuk Seri Shahidan Kassim berkaitan peruntukan yang tidak diterima oleh Ahli Parlimen pembangkang.
Jelas Mohd Sany, apa yang dibuat oleh Ahli Parlimen Arau itu adalah cubaan untuk ‘memancing’ dan menekan Kerajaan Perpaduan agar mereka juga diberikan peruntukan sama dengan wakil kerajaan menerusi Bajet 2023.